Assalamualaikum
Apa khabar semua? Harap anda semua dalam
keadaan sihat belaka yeaa… baiklah, pada masa dan tarikh ini, saya ingin
berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai permainan bowling ini..
Seperti yang saya katakan dalam pos yang
lepas, Bowling adalah satu permainan yang unik dan agak menarik juga.. ape yang
saya nak kongsi kat sini ialah keperluan semasa bermain bowling.. Sebagai
seorang yang professional dalam sesuatu bidang, dia akan mengambil tahu tentang
bidang yang die gemari itu..
Pertama sekali mengenai bola bowling…
kebiasaannya kalo kite nak pilih berat bola yang sesuai untuk diri kita,
mestilah berpandukan dengan berat kita juga… kalo berat terlalu ringan kita
tidak akan mampu untuk bertahan selama 3 atau 4 game.. sebab itulah ada caranya..
lepas tu keadaan bola tu pula.. terpulang pada kita sama ada sukakan bola spin
atau hook.. ikut keselesaan kita..
Kedua, cara nk golekkan bola tu pula…kalo
saya memang minat bola hook..jadi saya akan cerita sikit la mcm mane cara nk
buat bola hook tu.. semasa nak baling bola tu, pergelangan tangan kita mestilah
lurus dan selari dengan tapak tangan kita..barulah senang bola tu nk menjadi..kemudian
masa dah nk lempar bola tu, kita tarik sikit bola menggunakan kedua-dua jari
kita iaitu jari hantu dan jari jari manis.. bagi yang baru belajar bermain, ada
satu akat khas untuk luruskan tangan..bukan itu saja, kekuatan tangan juga
amatlah diperlukan.
Yang ketiga pula, bagi saya, saya
memerlukan tepung untuk memudahkan balingan bola tu.. tepung tu kena sapu kat
ibu jari.. fungsi tepung ni untuk melicinkan jari dan memudahkan bola tu
dibaling..kalo kesat nanti bola tu melambung..haha.. bahaya juga…mungkin boleh
memudaratkan jari kita…huhu… seterusnya kalau tangan berpeluh sekali pon, ada
satu alat yang boleh menyerap peluh tu..harganya xmahal pon dalam rm20 je..
pergi je kat mana2 kedai boling, kompem ade..
Setakat ni dulu dari saya.. maaf kalau ada
yang terkurang… saya ni pon beginner jugak,,hehe…ok lah…jumpa lagi di lain
masa…
Wassalam…

No comments:
Post a Comment