Pages

Sunday, 28 April 2013

~ Bola KU ~




Haaa…apa khabar semua?? Harap2 anda semua dalam keadaan sihat la yea.. kali ni saya nk cerita pasala bola pulak… jangan salah faham ye… bukan bola sepak, bukan bola takraw, bukan bola tampar ataupun bola ragbi, tetapi bola bowling.. 

Biasala kan…kita semua ni manusia biasa yang lemah, mesti la ada kemahuan kan.. jadi bila saya dah berminat dengan sukan bowling ni, saya akan bersungguh-sungguh la untuk dapatkan peralatan sukan yang berkaitan dengan bowling ni.. hehe~



Apa yang saya nak cerita adalah berkaitan dengan bola bowling yang saya beli ni.. huhu~ jangan marah ye… bola bowling ni saya beli dengan harga RM350, jenama CYCLONE.. Murah aje.. lagipun saya ni bukannye pro sgt nk bli bola mahal2x..sekadar nk selesa masa bermain  tu boleh la, baru nak berjinak-jinak je… hoho~

Bola bowling saya ni seberat 13 paun.. tidak la terlalu berat sangat.. Dalam 5 kilo lebih je.. saya lebih gemar bermain bola HOOK daripada bola SPIN.. jadi sudah tentu la bola saya beli pon dalam kategori HOOK jgk..haha..

Saya rasa tu sahaja apa yang saya nak kongsikan pada hari ini… kita jmpe lagi di lain mase dan waktu ye… Selamat beramal~

Thursday, 4 April 2013

~Indahnya bila bersama ~

~Salam Sejahtera Semua~

Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Saat bersama orang yang tersayang adalah saat yang paling indah dan yang paling sukar untuk dilupakan. Apa yang saya ingin kongsikan bersama anda semua pada hari ini adalah detik-detik indah bermain boling bersama isteri kesayangan saya. Ini adalah kali pertama saya bermain bowling dengan isteri saya.

Tetapi masa tu belum jadi suami isteri lagi.. hoho.. Tapi ALHAMDULILLAH dengan berkat doa dan usaha kami dalam menempuh segala dugaan dan cabaran, akhirnya kami disatukan juga untuk membina sebuah masjid yang indah.. Oppss... hehe.. salah topik pulak nak cerita.. 

Sudah tentu anda semua pun pasti ada kenangan indah bersama insan tersayang jugak kan? Jadi tunggu apa lagi, jom la kita sama-sama kongsikan saat-saat indah itu.. Saya cuba ringkaskan apa yang ingin saya kongsikan. Video yang saya nak tunjuk ni adala video saya bersama isteri saya bermain bowling semasa “ first date”.. ini juga adalah salah satu kenangan saya bersama isteri saya sebelum kami bergelar suami isteri.. hehe.. jom saksiakn..

 

 

Haaaa, tu dia sedikit rakaman yang dapat saya kongsikan bersama anda semua.. Walaupun gambarnya tidak berapa jelas tetapi ianya sangat berharga buat diri saya.. Inilah yang selalu kami lakukan untuk memenuhi masa lapang yang terluang.. Ini saja dari saya, sekadar ingin berkongsi walaupun tak berapa menarik sangat.. mahon maaf yea.. hehe.. ok la, kite berjumpa lagi di lain masa…

Wassalam…


Wednesday, 3 April 2013

Kegemaranku~ kesukaanku~ impianku~ harapanku~




~ Assalamualaikum w.b.t ~ 

Setiap orang mempunyai hobi tersendiri yang mana setiap orang itu akan merealisasikan hobinya di masa lapang dan terluang. Itulah yang ingin saya kongsikan kepada anda semua pada hari ini. HOBI…Hobi saya adalah bermain bowling. 

Apakah itu bowling? Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.

Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg). Majoriti berat bola kebanyakannya pemain akan mengikut saiz atau berat peserta.BOla yang lebih berat akan menghempak pin dengan lebih kuat menyebabkan jatuhan pin juga akan lebih banyak.



Oleh itu, saranan saya di sini adalah; marilah kita sama-sama mencuba sukan ini. sukan ini sangat menarik dan unik. Dulunya sukan ini memang tidak ada sambutan dari golongan muda mahupun dewasa. Tetapi kini, segalanya sudah berubah. Sukan ini mula mendapat sambutan hangat dari semua lapisan umur mahupun yang berumur 7 tahun hingga ke 50an. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Sekian saja dari saya. Kita berjumpa lagi di lain masa. 

~Wassalam.~