BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..............
HATI...Apakah Hati???
Perasaan Hati Kekadang Mati Kekadang Simpati Kekadang
Tak Ambil Peduli Kekadang Tersentuh Hati dan Macam2 Lagi…Tulah Perasaan
Hati...Papun yang Penting Hati Dekat pada Ilahi…InsyaAllah…
…HATI ADALAH RAJA BAGI
SEKALIAN ANGGOTA...
Sekalian anggota
mentaatinya dan tidak menyalahinya kalau ia menjadi raja yang baik. Andai
sebaliknya...Kalau ia menjadi rosak maka sekalian anggota turut pula menjadi
rosak, inilah keajaiban hati yg dimiliki manusia.
Kerana itu, wajiblah setiap insan memelihara
kesucian hatinya kerana hati menjadi punca segala sesuatu. Malah di hati pula
di pusatkan keimanan dan keyakinan. Jadi iman yang lurus yang menggerakkan
kepada amal yang baik disebabkan oleh hati yang lurus.
"Hati orang yg beriman adalah bersih seperti
cermin kerana syaitan tidak dapat memperdayakannya dengan sesuatu sebab ia
lebih dahulu melihatnya. Tetapi apabila ia sekali melakukan dosa maka Allah
campakkan ke dalam hatinya satu tompok yg hitam. Kalau ia bertaubat maka
hilanglah warna hitam kehitaman itu. Andaikata ia kembali berbuat dosa dan
tidak bertaubat timbul semula tompokan hitam itu hingga seluruh hatinya menjadi
hitam. Waktu itu tidaklah berguna lagi nasihat yg diberikan kepadanya.
# Saya tertarik dengan kata-kata di atas ni...kesimpulan nya disini, setiap sesuatu yang kita nak lakukan mestilah dari niat hati kita sendiri. kalau bersih hati kita, bersihlah segala amalan kita.. Jaga hati walaupun Allah yang pegang hati kita. Segala apa yang kita buat, semuanya takdir dari Allah dan termaktub di Luh Mahfuz. Tapi yang paling penting, DOA! .. Doa semoga Allah sentiasa kurniakan kebaikan dalam hati dan segala perbuatan kita.. ~ Amin~
~ Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah ~